baca nih;
Kematangan bukanlah pada umur, tetapi pada pegangan agamanya...
Sistem yang Islam ajarkan adalah terlalu sempurna, apabila berlaku penambahan, pengurangan atau pertukaran pada sistem itu, maka rosaklah.-mr.devotee...
bila cakap jek pasal kawin orang ingat gatai la... apa la... nampak sangat korang da termasuk agenda yahudi tuh... huhu...
Bila boleh kahwin? Selepas belajar? Sistem pendidikan masa kini, selain daripada bersifat sekular dan berorientasikan peperiksaan, ia juga menjadi penyekat zuriat umat Islam dan tidak mempedulikan fitrah nafsu manusia. Hasilnya? Fikirkan sendiri...
TADIKA > SEKOLAH RENDAH > SEKOLAH MENENGAH > DIPLOMA/MATRIKULASI > IJAZAH SARJANA MUDA >IJAZAH SARJANA > IJAZAH DOKTOR FALSAFAH...Sistem siapa yang kita guna??
Bila la nak boleh kahwin? Tunggu la sampai abeh belajaq. Belajaq sampai mati pon takkan abeh...
PETALING  JAYA: Siti Maryam Mahmod, pengantin muda berusia 14 tahun yang  mencetuskan kontroversi baru-baru ini melihat usia bukan penghalang  baginya untuk berkahwin.
Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Maya berkata, perkahwinan  itu adalah hak individu dan bagi dirinya sendiri sudah bersedia untuk  berhadapan dengan komitmen sebagai seorang isteri. “Saya sudah pun memikirkan tentang tanggungjawab dan kesannya apabila berkahwin pada usia semuda ini.
“Tetapi  pada masa yang sama ibu telah membimbing saya tentang apa itu  perkahwinan dan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri,” katanya  kepada Mingguan mStar.
Maya  berkata, apa yang lebih memudahkan keadaan ialah dia dan suami serta  keluarga berfikiran terbuka berhubung isu perkahwinan ini walaupun ia  telah menjadi perbualan hangat sehingga mencetuskan kontroversi.
Kata  Maya, adalah menjadi hak umum untuk menilai keputusan itu dan menambah,  siapalah dia mahu menutup mulut orang untuk berkata-kata tentang  dirinya tetapi apa yang penting ialah dia bukan membuat satu dosa.
“Setiap  tohmahan, pandangan negatif atau salah faham mengenai perkahwinan saya  adalah merupakan pendapat masing-masing. Saya terimanya dengan hati yang  terbuka.
“Dalam  perkahwinan tiada paksaan dan tiada isu saya dipaksa untuk menjadi  dewasa. Dia (suami) melamar saya dan perkahwinan kami direstui oleh  kedua-dua keluarga...itu yang penting,” katanya yang menolak dakwaan  yang mengatakan hak gadis bawah umur untuk membesar, belajar dan  mengembang potensi diri telah dinafikan apabila ‘dipaksa menjadi dewasa’  menerusi perkahwinan.
Mengenai  kemungkinan akan mengandung hasil daripada perkahwinan itu dan  persediaannya bergelar ibu pada usia muda, Maya berkata, dia dan  suaminya sudah bersepakat untuk tidak mendapatkan anak pada masa ini.
Jelasnya,  suaminya mahu dia menumpukan pada pelajaran terlebih dahulu dan hanya  memikirkan soal anak apabila tamat pengajian kelak.
Maya  berkata, dia berharap agar masyarakat berfikiran terbuka terhadap  perkahwinannya yang mendapat kebenaran daripada mahkamah dan juga  kedua-dua belah keluarga.
“Umur  bukan ukurannya kerana yang penting adalah pendidikan dan persediaan  untuk menjadi isteri secara mental dan fizikal. Hormatilah keputusan ini  (berkahwin)...tetapi sekiranya apa yang saya lakukan ini telah  menyinggung mana-mana pihak, maka saya bersedia memohon maaf,” ujarnya.
Sementara  itu, suami Maya, Abdul Manan Othman, 23, pula berkata, perkahwinan itu  bukan satu paksaan dan keputusan untuk berkahwin itu atas dasar suka  sama suka.
Dia  mengenali Maya sejak awal tahun dan berhubung rapat dengan keluarganya  maka tidak salah sekiranya perkenalan itu diteruskan menerusi  perkahwinan.
Abdul  Manan yang merupakan seorang guru dan Maya pula masih belajar di sebuah  sekolah menengah agama dekat sini menyifatkan keputusan mereka tidak  memberi sebarang kesan kepada statusnya sebagai pendidik.
Ada orang yang sengaja memperbesarkan perkara yang kecil, lalu orang berasa sulit untuk melakukannya...“Tidak  semestinya sebagai guru yang tugasnya mendidik, tidak boleh berkahwin  dengan pelajar. Perkahwinan ini bertujuan mengelakkan sebarang pandangan  serong atau negatif masyarakat mengenai pertalian saya dengan pihak  keluarga perempuan,” katanya.
Abdul  Manan yang tidak menafikan usia muda mereka menuntut pengorbanan yang  besar dalam semua aspek sanggup untuk belajar tentang pengalaman  berrumahtangga dengan bantuan keluarga.
“Pada  masa ini, apa yang boleh dilakukan bersama-sama, itu yang akan kami  amalkan. Tidak kira siapa suami, siapa isteri kami akan melaluinya  bersama,” katanya lagi.
Abdul  Manan menambah, perkahwinan mereka itu tidak sepatutnya menjadi isu  kerana masih ramai pasangan muda turut berkahwin dan yang paling penting  ia sah di sisi agama.
“Tidak  baik sekiranya dipertikaikan kerana apa yang kami buat bukan satu  perkara yang haram atau dosa. Saya dan dia (isteri) pergi ke mahkamah  bagi mendapat kebenaran untuk berkahwin.
Kematangan bukanlah pada umur, tetapi pada pegangan agamanya...
Sistem yang Islam ajarkan adalah terlalu sempurna, apabila berlaku penambahan, pengurangan atau pertukaran pada sistem itu, maka rosaklah.-mr.devotee...
bila cakap jek pasal kawin orang ingat gatai la... apa la... nampak sangat korang da termasuk agenda yahudi tuh... huhu...
