CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 26, 2010

cerita KAWIN tuk org single... WEee ^.^

.................. copy dari sana ke mari..................... (: by,, hafshasbi baek...

"Ana juga seorang manusia, ada jiwa dan perasaan. Mustahil kalau ana tidak berperasaan kerana ana adalah Adam, sedang wanita adalah Hawa." Saya meleraikan persoalan-persoalannya. "Tapi, ada satu perkara yang menghalang ana untuk bercinta sebelum berkahwin, dan mudah-mudahan perkara sama juga berlaku pada enta."

"Apa dia?" Dia bertanya.

"Kita bercinta sebelum berkahwin, seolah matlamatnya kahwin. Tapi, kalau kita bercinta selepas kahwin, apa pula matlamatnya? Kematian sepasang suami isteri yang diberkati? Mungkin cara pemikiran ini dilihat sedikit tertutup dan dilabel konservatif dalam kalangan golongan yang sedikit terkehadapan. Tapi, ada satu kata-kata lain juga yang ana dapat daripada seseorang, kalau kita benar menaruh minat, harapan dan cinta kepadanya."

"Bagaimana?" Dia bertanya lagi. Bersungguh benar ingin tahu.

"Berdoa. Berdoa, andai kata dialah yang terbaik untukku, maka pertemukanlah jodohku dengan dia. Itu konsep berdoa. Berlapik." Saya memandang tepat pada matanya. "Dan, perkuatkan diri dengan ilmu rumahtangga, dan kematangan. Perkahwinan adalah persediaan untuk membina lebih kematangan. Enta sedia? Orang bercinta sebelum kahwin ada beberapa kategori; suka-suka, serius dan fanatik. Namun, secara jujur, orang bercinta sebelum kahwin, percintaannya masih belum matang, itu memang pasti, kerana kematangan sepatutnya dikecapi selepas perkahwinan, kenal hati budi kerana telah hidup berhari-hari. Enta yang mana?"

"Ana...err...Ana serius.." Dia menjawab, kurang yakin.

"Benar?" Sengaja saya goyahkan pendiriannya.

"Insya Allah." Jawapan paling selamat. Bezanya, antara bersungguh atau tidak mengucapkan kalimah itu.

"Baik, kenapa enta nak bercinta dengannya sebelum kahwin?"

"Supaya dia tidak menaruh cinta pada orang lain." Spontan dia menjawab. Penuh keyakinan.

"Kalau dia bercinta dengan orang lain selepas kahwin, enta akan masih mencintainya?" Perangkap kedua saya pasangkan untuknya.

Dia terjerat. Batinnya meronta untuk dilepaskan, zahirnya pula terlihat pada mukanya yang serba salah.

"Kenapa enta suka dia?" Saya bertanya lagi.

"Kerana dia baik. Perilakunya baik." Dia memuji, seolah matanya membayangi perilaku gadis idamannya itu.

"Kalau satu hari nanti, sikapnya berubah, na'uzubillah, enta masih mencintainya lagi?" Persoalan yang saya lontarkan itu menghancurkan ilusi gadis idamannya itu.

Saya tersenyum. "Dan itulah persoalan yang pernah saya terima dari lubuk hati saya, setiap kali batin saya menjerit, alangkah sunyinya hati ini tanpa memiliki seorang Hawa. Hawa itu indah dan baik. Hawa itu cantik dan solehah." Terang saya padanya. "Dan, ana yakin, hubungan yang telah terbina lama, susah nak diputuskan. Ana percaya, tapi, ana yakin, kalau enta berterus-terang dengannya, dia mungkin boleh terima. Ada orang hatinya pernah sakit berkata tentang kebenaran dan mendengar tentang kebenaran. Tidakkah enta mahu terlibat dalam jihad?"

Dia menggangguk. Cepat benar faham. Tetapi, saya katakan lagi. "Ana bukan penyelesai masalah orang, jangan salah faham.. Ana cuma mengajak enta untuk berfikir.."

"Perempuan, mereka ada soft spot, dan soft spot itulah yang tidak sewenangnya kita sentuh sebagai seorang lelaki yang faham tentang agama. Kerana soft spot itu, kalau disentuh, mereka akan sepenuh jiwanya menyerah diri mereka kepada kita, kaum lelaki. Kerana itu, eksploitasi kaum wanita dilakukan dengan menggunakan cinta. Isu dadah, isu murtad." Saya mengulas panjang lebar.

"Tapi, susah..." Dia mengeluh.

"Susah untuk berubah bukan?" Saya menyambung. Faham situasinya.

Dia mengangguk lagi. Kali kedua.

"Ana tak suruh berubah pun. Ana hanya nak enta berfikir persoalan yang ana utarakan. Supaya, ana harap enta tak permainkan perasaan wanita. Hari ini, mungkin setia, esok, belum tentu, kerana hati manusia senang berubah." Saya terus-terusan mencipta keraguan pada dirinya. Ah, bisa saja saya mengerti perasaan sebegini. Saya juga seorang lelaki.

Dia termenung, melarikan matanya dari saya. Gamaknya berfikirkan tentang sesuatu.

Saya pula menantikan jawapan daripada bibirnya.

"Baru enta cakap camtu, hati ana pun dah goyah." Dia mengeluh.

Saya tersenyum menampakkan gigi. Bukan tertawa.

"Ana tak ingat dalil yang perlu dihafal. Enta lebih ingat dan masyi daripada ana. Sesuailah enta dengannya. Sama-sama masyi." Saya mengusik, dia juga seorang hafiz. Sengaja saya versatilkan perbincangan itu, supaya tidak ternampak terlalu menghukum.

"Isy.." Dia malu dengan usikan itu.

"Apa salahnya, kalau dua-dua sudah faham ayat-ayatNya, tinggal lagi bagaimana nak memahaminya dengan baik. Ana yakin, kalau entuma terus berdoa, berusaha dan cuba elakkan daripada berhubungan cinta sebelum berkahwin, pasti ada keberkatan. Cinta itu masih ada sebelum entuma berkahwin, bezanya, kalau dahulu asyik ber'SMS', ber'YM', ber'CALLING', dan berjumpa, apa salahnya kalau entuma bercinta dalam doa, hanya pohon padaNya di samping enta kena ambil langkah proaktif?" Saya menasihatinya.

"Menjadi bukan mencari." Rupanya dia masih ingat lagi perkataan yang pernah saya gunakan dahulu.

"Menjadi... Enta beruntung dapat ingat al-Quran dengan baik, berbanding ana, sebab ana malas agaknya. Cuma, tinggal lagi untuk menjadi seorang lelaki yang baik, pasti untuk dia seorang yang solehah. Banyak perkara nak kena fikir sebelum ke tahap yang lebih 'advance'. Kalau dahulu nak ke mana-mana adalah seorang, lepas ni dah berdua. Kalau dahulu ada seorang ayah dan ibu, lepas ni akan ada dua. Tanggungjawab makin besar dan lebar. Kalau bercinta sebelum kahwin bagai nak rak, kadang-kadang, kita tak terfikir pun semua ni kan?"

"Enta bercerita macam dah ada pengalaman." Giliran dia pula mengusik.

Dan saya hanya tersenyum. "Belum." Ringkas jawapan saya, setelah mengusik dan menggeletek emosinya.

0 comments: